EzyTopup Mobile Biz


Lame dah rasanya saya tidak menulis di blog ini. Dah bersawang-sawang nie.. Update terbaru saya telah menyertai EzyTopup Mobile Biz. Kalau dari nama dia pon kita dah tau ia adalah bizness jual topup. Tujuan saya menyertai EzyTopup Mobile adalah sekadar ingin mencuba. Walaupun saya tahu ramai orang sudah menggunakan postpaid, tetapi diatas rasa yang ingin sangat untuk berniaga, saya pon membuat keputusan untuk menyertai bizness ini. Ini merupakan permulaan saya memulakan perniagaan.

EzyTopup Mobile Biz nie menjual topup serendah RM3.00 dari rangkaian telefon maxis, celcom & Digi. Kita memperoleh keuntungan sehingga 10% daripada jualan. Sekiranya anda adalah peniaga kecil, sederhana atau besar, penuntut IPTA atau Kolej atau sesiapa sahaja yang ingin menambahkan pendapatan anda, jangan lepaskan peluang anda atau setidak-tidaknya untuk kegunaan sendiri. Modal permulaan yang rendah untuk memulakan perniagaan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Ezytopup Mobile Biz :

* Yuran keahlian yang murah
* Tidak perlu upgrade keahlian
* Tiada yuran tahunan
* Semua boleh terlibat dalam perniagaan ini
* Pendapatan secara ‘real time’, tadak perlu menunggu
* Perkhidmatan Server terbaik & pantas
* Kadar keuntungan yang tertinggi (sehingga 5.0%)
* Perkhidmatan Top Up 24 jam
* Reload serta merta (Autoreload)
* Tidak memerlukan premis perniagaan - Urusniaga hanya melalui handphone anda.
* Caj SMS yang minima hanya 1 Sen dengan Active 10, 8 XPAX & TEMAN 20 - Sever Maxis/Celcom
* Tidak memerlukan pekerja - segalanya anda uruskan sendiri
* Urusniaga dimana-mana sahaja - Mobile Biz
* Anda tidak perlu menyimpan stok kad topup
* Khidmat Bantuan melalui telefon secara terus
* Bukan skim cepat kaya
* Bukan MLM atau Multilevel Marketing
* Tidak menggunakan sistem piramid.
* Tidak perlu maintain jualan
* Keuntungan jualan runcit.
* Tiada Caj untuk setiap tambah modal dikenakan.
* Tiada Syarat-Syarat Dikenakan.

Bagaimana Sistem Berfungsi


*Kepada yang berminat boleh mendaftar dengan saya di nombor 019-3572088
Segala tunjuk ajar akan saya berikan.








Panduan Mengeluarkan Duit Dari PayPal


Saya pasti ramai yang tidak mengetahui atau mengalami kesukaran untuk mengeluarkan duit dari paypal. banyak cara yang anda boleh gunakan untuk mengeluarkan duit dari paypal ini.






1)Jual paypal yang kita ada kepada orang lain.

Caranya adalah dengan memindahkan paypal kita kepada akaun paypal pembeli. Nilai tukaran wang asing bergantung kepada perbincangan dua hala antara penjual dan pembeli. tetapi kebarangkalian untuk ditipu melalui teknik ini adalah tinggi kepada pembeli. Kemungkinan pembeli tidak menerima duit dalam akaun pembeli sedangkan duit sudah dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan.

2) Gunakan duit paypal untuk membeli produk.

Gunakan duit yg berada di dalam akaun paypal untuk membuat pembayaran. Sebagai contoh untuk membayar sewa domain, shopping online dsb.

3) Keluarkan duit dari paypal melalui kad debit.

Terdapat banyak kad debit yang boleh digunakan untuk mengeluarkan duit dari paypal. Anda boleh rujuk kepada blog post AzmanZainal dan KhairulAzmi yang berkaitan sebagai rujukan.

4) Keluarkan terus duit dari paypal ke dalam akaun bank tempatan kita.

Cara - Caranya :

1) Login akaun paypal anda

2) Klik pada 'profile' > Add/Edit Bank Account

3) Masukkan maklumat akaun bank anda. Jika tak pasti tentang MEPS bank routing code sila rujuk di bawah:

Bank NameMEPS Bank Routing Code
AFFIN BANK BERHADPHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHADMFBBMYKL
AMBANK BERHADARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHADBIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHADBKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHADBMMBMYKL
BANK OF AMERICABOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONALBSNAMYK1
CIMB BANK BERHADCIBBMYKL
CITIBANK BERHADCITIMYKL
DEUSTCHE BANKDEUTMYKL
EON BANK BERHADEOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHADHLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHADHBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHADMBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHADOCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHADPBBEMYKL
RHB BANK BERHADRHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHDSCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS)ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANKUOVBMYKL

4) Kemudian semak semula akaun anda. Klik Add Bank Account

5) Setelah selesai anda akan menerima message seperti di bawah;

" You’ve added a bank account in Malaysia

Now you can transfer funds from your PayPal account to your bank account.What do you want to do next?"

6) Info tambahan bagi service ini adalah seperti di bawah :

Withdrawal Fee - Jika lebih RM400 – RM0 (PERCUMA)
Withdrawal Fee – Jika kurang RM400 – RM3
Return Fee – RM15

Urusniaga ini akan diproses dalam 2-3 hari bekerja. Nilai minima pengeluaran ialah RM40.


Cara Promosi & Tingkatkan Web Traffic Anda

Ramai blogger menghadapi masalah untuk mendapatkan traafic bagi blog mereka. Kepada mereka yang menjalankan aktiviti blogging sekadar suka-suka, mungkin ini bukanlah masalah utama. Tetapi bagi mereka yang menjalankan aktiviti blogging untuk mempromosi affiliate atau digital produk ini adalah masalah besar bagi mereka.

Sebelum kita menjalankan aktiviti blogging, kita perlu tahu tujuan sebenar kita menjalankan aktiviti blogging tersebut. Setelah kita mengenalpasti hala tuju blog kita, kite hendaklah fokus terhadap hala tuju blog tersebut. Untuk mendapatkan traffic bagi blog kita bukankanlah dalam masa yang singkat. Ia memerlukan kesungguhan dan usaha yang berterusan. Post kali ini saya akan berikan beberapa tips untuk meningkatkan traffic blog anda.

1) Fokus kepada 'niche'.

Pastikan kandungan web anda berkualiti & unik. Contohnya seperti anda membuat web mengenai Perniagaan Internet. Pastikan anda paparkan pelbagai tips perniagaan internet, rujukan perniagaan internet, produk/service berkaitan, lokasi dan blog mengenai perniagaan internet secara terperinci.

2) Links kan blog anda

Letakkan link orang lain di dalam post atau blog anda. Kalau anda inginkan
blog lain meletakkan link blog anda di blognya, rajin-rajinlah memberi komen.
Jika kita banyak dihubingkan oleh blog orang lain, ini dapat membantu
meningkatkan traffic blog anda.

3) Letakkan video di YouTube atau Google Video & masukkan sekali link/URL blog
anda.

4) Memberi komen pada blog orang lain.

Jika anda rajin memberi komen & pandangan kepada blog orang lain, sudah tentu
mereka akan terbuka hati untuk melawati blog anda. ini kerana sewaktu kite
mengisi maklumat untuk memberi komen terdapat satu ruang untuk meletakkan URL
website kita dan URL tersebut akan tertera di akhir komen tersebut. Secara
tidak langsung, owner blog atau pembaca lain akan 'klik' pada URL anda.

5) Signature email

Promosi blog anda melalui signature email. Setiap email yang dihantar kepada
orang lain sebaik-baiknya mempunyai URL blog anda atau email anda.

6) Menyertai Forum dan Group

Menyertai Forum & Group juga dapat menibgkatkan traffic blog anda, samada
melalui signature ataupun di ruangan yang berkenaan.

7) Gunakan WordTracker

Gunakan WordTracker bagi mencari keywords yang popular dan ranking yang tiggi
dalam search engine. Seterusnya memanfaatkan keyword tersebut di web anda
supaya mendapatkan ranking yang lebih baik.

8) Selalu mengemaskini post anda

Sekirannya anda sentiasa mengemakini post anda, blog anda akan senang naik ke
kedudukan yang agak baik dalam enjin carian. Sekirang anda mempunyai penyakit
mengupdate post yang bermusim, anda haruslah melawan penyakit itu dan perlu
lebih komited. Tulis sebanyak mungin post pada musim andan rajin dan simpan di
dalam draf.

9) Iklankan blog anda mengikut kategori yang sesuai di CraigList.

10) Berhubung dengan pembaca

Balas komen yang dihantar di blog anda dan di blog pemberi komen. Ini juga
boleh membantu mendapatkan pelawat yang berulang.

Cubalah diantara tips-tips diatas, sebanyak sedikit pasti akan membawa perubahan kepada blog anda.

Buat Duit Dengan Blog



Blog amat popular pada hari ini. Ada yang menjadikan blog untuk mencatatkan kisah hidup mereka, menjalankan perniagaan online, meluahkan perasaan dan sebagainya. Ada yang pada mulanya menjalankan aktiviti bloggging sekadar untuk suka-suka dan untuk mengisi masa lapang, tetapi kini menjana ribuan ringgit melalui blog mereka.

Boleh percaya ker??? percaya ke tidak terpulang kepada naluri masing-masing. Tetapi ramai yang telah berjaya menjana pendapatan melalui blog. Sebagai contoh di sini "redmummy". Saya bukan diberi upah untuk mempromosikan blog beliau. Tetapi saya memang mengikuti blog beliau setiap masa. Beliau boleh menjana sehingga 10k melalui blog redmummy.com. Bagaimana beliau boleh sampai ke tahap itu??? Hmm.. itu yang tengah saya pelajari sekarang. belajar sendiri je.. bukan daripada beliau tau.. Saya memang respek dengan komitment beliau berblogging. Walau macam mana penat atau sibuk pun, beliau tetap akan berblogging. Kalau tidak percaya lagi boleh la berkumjung ke blog beliau "redmummy.com".

Kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan melalui internet, bolehla cuba aktiviti berblogging nie.. tak salah kalau kita mencuba. Tidak perlu guna yang berbayar, cuba yang percuma dahulu seperti blogspot ini macam saya.. Ceh! promote blogspot pulak..
Kepada sesiapa yang ingin menambah ilmu dalam berblogging boleh la cuba "Pakej Kit Blogger" pasti mantap blog anda nanti.


Buat Duit dengan Internet

Selamat datang ke http://sakuranetwork.blogspot.com. Saya adalah blogger baru yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia bloging ini. Selama ini saya hanya suka membaca blog dan mencari info-info menarik sebagai panduan untuk saya menjadi Internet Marketer. kewujudan blog ini adalah satu langkah untuk saya memulakan bidang Internet Marketing ini.

Betul ke kita boleh buat duit dengan internet nie??? Betul ke dengan internet ini kite boleh jadi jutawan dengan hanya duduk goyang kaki dirumah??? Ada yang kate perniagaan internet ini hanyalah satu helah Internet Marketer yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan untuk mempengaruhi orang ramai untuk meraih keuntungan mereka.

Tidak dinafikan memang ada Internet Marketer yang menggunakan penipuan untuk meraih keuntungan mereka. Tetapi biasanya kesenangan yang diperolehi hanya untuk sementara. Untuk menjadi Internet Marketer yang berjaya dan bertahan lama, kite hendaklah
berlaku jujur untuk membina kepercayaan kepada orang ramai. Orang ramai pun perlu berhati-hati sebelum menyertai sebarang program dan haruslah mencari sebanyak mana maklumat mengenai program yang ingin disertai. Sekiranya telah ada yang berjaya melalui program tersebut, barulah kita boleh join..

Saya pun belum ada banyak pengalaman dalam dunia internet ini. Awal tahun ini (2010) baru saya betul-betul mendalami perniagaan internet ini. Saya percaya kita boleh buat duit dengan internet ini. Walaupun sehingga ke hari ini saya belum memperoleh satu sen pun dari internet, saya akan terus berusaha untuk meraih pendapatan melalui internet. Pada mulanya saya sangkakan mudah untuk kita menjana pendapatan dari internet. Tetapi setelah saya serious untuk mendalami bidang ini, rupanya ia tidak semudah yang saya sangkakan. Ia memerlukan kesabaran, pengorbanan dan memerlukan usaha yang tanpa henti.

© Copyright Reserved Riss Sakura | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft | Blogger Templates