Buat Duit Dengan Blog



Blog amat popular pada hari ini. Ada yang menjadikan blog untuk mencatatkan kisah hidup mereka, menjalankan perniagaan online, meluahkan perasaan dan sebagainya. Ada yang pada mulanya menjalankan aktiviti bloggging sekadar untuk suka-suka dan untuk mengisi masa lapang, tetapi kini menjana ribuan ringgit melalui blog mereka.

Boleh percaya ker??? percaya ke tidak terpulang kepada naluri masing-masing. Tetapi ramai yang telah berjaya menjana pendapatan melalui blog. Sebagai contoh di sini "redmummy". Saya bukan diberi upah untuk mempromosikan blog beliau. Tetapi saya memang mengikuti blog beliau setiap masa. Beliau boleh menjana sehingga 10k melalui blog redmummy.com. Bagaimana beliau boleh sampai ke tahap itu??? Hmm.. itu yang tengah saya pelajari sekarang. belajar sendiri je.. bukan daripada beliau tau.. Saya memang respek dengan komitment beliau berblogging. Walau macam mana penat atau sibuk pun, beliau tetap akan berblogging. Kalau tidak percaya lagi boleh la berkumjung ke blog beliau "redmummy.com".

Kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan melalui internet, bolehla cuba aktiviti berblogging nie.. tak salah kalau kita mencuba. Tidak perlu guna yang berbayar, cuba yang percuma dahulu seperti blogspot ini macam saya.. Ceh! promote blogspot pulak..
Kepada sesiapa yang ingin menambah ilmu dalam berblogging boleh la cuba "Pakej Kit Blogger" pasti mantap blog anda nanti.


0 Comments to "Buat Duit Dengan Blog"

Post a Comment

© Copyright Reserved Riss Sakura | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft | Blogger Templates