Panduan Mengeluarkan Duit Dari PayPal


Saya pasti ramai yang tidak mengetahui atau mengalami kesukaran untuk mengeluarkan duit dari paypal. banyak cara yang anda boleh gunakan untuk mengeluarkan duit dari paypal ini.






1)Jual paypal yang kita ada kepada orang lain.

Caranya adalah dengan memindahkan paypal kita kepada akaun paypal pembeli. Nilai tukaran wang asing bergantung kepada perbincangan dua hala antara penjual dan pembeli. tetapi kebarangkalian untuk ditipu melalui teknik ini adalah tinggi kepada pembeli. Kemungkinan pembeli tidak menerima duit dalam akaun pembeli sedangkan duit sudah dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan.

2) Gunakan duit paypal untuk membeli produk.

Gunakan duit yg berada di dalam akaun paypal untuk membuat pembayaran. Sebagai contoh untuk membayar sewa domain, shopping online dsb.

3) Keluarkan duit dari paypal melalui kad debit.

Terdapat banyak kad debit yang boleh digunakan untuk mengeluarkan duit dari paypal. Anda boleh rujuk kepada blog post AzmanZainal dan KhairulAzmi yang berkaitan sebagai rujukan.

4) Keluarkan terus duit dari paypal ke dalam akaun bank tempatan kita.

Cara - Caranya :

1) Login akaun paypal anda

2) Klik pada 'profile' > Add/Edit Bank Account

3) Masukkan maklumat akaun bank anda. Jika tak pasti tentang MEPS bank routing code sila rujuk di bawah:

Bank NameMEPS Bank Routing Code
AFFIN BANK BERHADPHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHADMFBBMYKL
AMBANK BERHADARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHADBIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHADBKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHADBMMBMYKL
BANK OF AMERICABOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONALBSNAMYK1
CIMB BANK BERHADCIBBMYKL
CITIBANK BERHADCITIMYKL
DEUSTCHE BANKDEUTMYKL
EON BANK BERHADEOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHADHLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHADHBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHADMBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHADOCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHADPBBEMYKL
RHB BANK BERHADRHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHDSCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS)ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANKUOVBMYKL

4) Kemudian semak semula akaun anda. Klik Add Bank Account

5) Setelah selesai anda akan menerima message seperti di bawah;

" You’ve added a bank account in Malaysia

Now you can transfer funds from your PayPal account to your bank account.What do you want to do next?"

6) Info tambahan bagi service ini adalah seperti di bawah :

Withdrawal Fee - Jika lebih RM400 – RM0 (PERCUMA)
Withdrawal Fee – Jika kurang RM400 – RM3
Return Fee – RM15

Urusniaga ini akan diproses dalam 2-3 hari bekerja. Nilai minima pengeluaran ialah RM40.


0 Comments to "Panduan Mengeluarkan Duit Dari PayPal"

Post a Comment

© Copyright Reserved Riss Sakura | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft | Blogger Templates