Buat Duit dengan Internet

Selamat datang ke http://sakuranetwork.blogspot.com. Saya adalah blogger baru yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia bloging ini. Selama ini saya hanya suka membaca blog dan mencari info-info menarik sebagai panduan untuk saya menjadi Internet Marketer. kewujudan blog ini adalah satu langkah untuk saya memulakan bidang Internet Marketing ini.

Betul ke kita boleh buat duit dengan internet nie??? Betul ke dengan internet ini kite boleh jadi jutawan dengan hanya duduk goyang kaki dirumah??? Ada yang kate perniagaan internet ini hanyalah satu helah Internet Marketer yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan untuk mempengaruhi orang ramai untuk meraih keuntungan mereka.

Tidak dinafikan memang ada Internet Marketer yang menggunakan penipuan untuk meraih keuntungan mereka. Tetapi biasanya kesenangan yang diperolehi hanya untuk sementara. Untuk menjadi Internet Marketer yang berjaya dan bertahan lama, kite hendaklah
berlaku jujur untuk membina kepercayaan kepada orang ramai. Orang ramai pun perlu berhati-hati sebelum menyertai sebarang program dan haruslah mencari sebanyak mana maklumat mengenai program yang ingin disertai. Sekiranya telah ada yang berjaya melalui program tersebut, barulah kita boleh join..

Saya pun belum ada banyak pengalaman dalam dunia internet ini. Awal tahun ini (2010) baru saya betul-betul mendalami perniagaan internet ini. Saya percaya kita boleh buat duit dengan internet ini. Walaupun sehingga ke hari ini saya belum memperoleh satu sen pun dari internet, saya akan terus berusaha untuk meraih pendapatan melalui internet. Pada mulanya saya sangkakan mudah untuk kita menjana pendapatan dari internet. Tetapi setelah saya serious untuk mendalami bidang ini, rupanya ia tidak semudah yang saya sangkakan. Ia memerlukan kesabaran, pengorbanan dan memerlukan usaha yang tanpa henti.

© Copyright Reserved Riss Sakura | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft | Blogger Templates