Cara Promosi & Tingkatkan Web Traffic Anda

Ramai blogger menghadapi masalah untuk mendapatkan traafic bagi blog mereka. Kepada mereka yang menjalankan aktiviti blogging sekadar suka-suka, mungkin ini bukanlah masalah utama. Tetapi bagi mereka yang menjalankan aktiviti blogging untuk mempromosi affiliate atau digital produk ini adalah masalah besar bagi mereka.

Sebelum kita menjalankan aktiviti blogging, kita perlu tahu tujuan sebenar kita menjalankan aktiviti blogging tersebut. Setelah kita mengenalpasti hala tuju blog kita, kite hendaklah fokus terhadap hala tuju blog tersebut. Untuk mendapatkan traffic bagi blog kita bukankanlah dalam masa yang singkat. Ia memerlukan kesungguhan dan usaha yang berterusan. Post kali ini saya akan berikan beberapa tips untuk meningkatkan traffic blog anda.

1) Fokus kepada 'niche'.

Pastikan kandungan web anda berkualiti & unik. Contohnya seperti anda membuat web mengenai Perniagaan Internet. Pastikan anda paparkan pelbagai tips perniagaan internet, rujukan perniagaan internet, produk/service berkaitan, lokasi dan blog mengenai perniagaan internet secara terperinci.

2) Links kan blog anda

Letakkan link orang lain di dalam post atau blog anda. Kalau anda inginkan
blog lain meletakkan link blog anda di blognya, rajin-rajinlah memberi komen.
Jika kita banyak dihubingkan oleh blog orang lain, ini dapat membantu
meningkatkan traffic blog anda.

3) Letakkan video di YouTube atau Google Video & masukkan sekali link/URL blog
anda.

4) Memberi komen pada blog orang lain.

Jika anda rajin memberi komen & pandangan kepada blog orang lain, sudah tentu
mereka akan terbuka hati untuk melawati blog anda. ini kerana sewaktu kite
mengisi maklumat untuk memberi komen terdapat satu ruang untuk meletakkan URL
website kita dan URL tersebut akan tertera di akhir komen tersebut. Secara
tidak langsung, owner blog atau pembaca lain akan 'klik' pada URL anda.

5) Signature email

Promosi blog anda melalui signature email. Setiap email yang dihantar kepada
orang lain sebaik-baiknya mempunyai URL blog anda atau email anda.

6) Menyertai Forum dan Group

Menyertai Forum & Group juga dapat menibgkatkan traffic blog anda, samada
melalui signature ataupun di ruangan yang berkenaan.

7) Gunakan WordTracker

Gunakan WordTracker bagi mencari keywords yang popular dan ranking yang tiggi
dalam search engine. Seterusnya memanfaatkan keyword tersebut di web anda
supaya mendapatkan ranking yang lebih baik.

8) Selalu mengemaskini post anda

Sekirannya anda sentiasa mengemakini post anda, blog anda akan senang naik ke
kedudukan yang agak baik dalam enjin carian. Sekirang anda mempunyai penyakit
mengupdate post yang bermusim, anda haruslah melawan penyakit itu dan perlu
lebih komited. Tulis sebanyak mungin post pada musim andan rajin dan simpan di
dalam draf.

9) Iklankan blog anda mengikut kategori yang sesuai di CraigList.

10) Berhubung dengan pembaca

Balas komen yang dihantar di blog anda dan di blog pemberi komen. Ini juga
boleh membantu mendapatkan pelawat yang berulang.

Cubalah diantara tips-tips diatas, sebanyak sedikit pasti akan membawa perubahan kepada blog anda.

0 Comments to "Cara Promosi & Tingkatkan Web Traffic Anda"

Post a Comment

© Copyright Reserved Riss Sakura | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft | Blogger Templates